Pengenalan

Syarikat Kumpulan Purely NAZ adalah syarikat berkaitan pembekalan, perkhidmatan, latihan, peruncitan dan fesyen.

Kami menjalankan perniagaan dalam industri dan bidang berkaitan:

  • Pembekalan Am
  • Perkhidmatan Konsultansi Perniagaan &
  • Pengurusan Syarikat
  • Latihan & Seminar
  • Fesyen dan Peruncitan

Ibu pejabat kami terletak di Bukit Jelutong Shah Alam,Selangor. Ditubuhkan bermula dari 2014 dan telah beroperasi secara penuh sejak tahun 2018 dengan kekuatan tenaga kerja seramai 10 orang sehingga kini. (akan terus meningkat). Kekuatan syarikat adalah dari segi pengalaman & perkhidmatan sokongan kepada pelanggan yang berterusan.

Kami amat menitik beratkan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan pelanggan kami terdiri dari pelbagai peringkat.

Antara klien semasa kami :

  • Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri
  • Jabatan daan Agensi-agensi Kerajaan
  • Institusi Pendidikan Tinggi: Awam & Swasta
  • Syarikat Korporat & Orang perseorangan

visi & misi

Menjadi sebuah syarikat pembekalan dan perkhidmatan yang berjaya dan dihormati serta mempertingkatkan prestasi dan kualiti kerja untuk bersaing dikalangan pesaing-pesaing kami berlandaskan jenis perniagaan yang kami jalankan.

objektif

  • Menjadi syarikat pembekalan dan perkhidmatan berdasarkan aplikasi terkini untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
  • Menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan.
  • Memastikan klien dan prospek kami mendapat perkhidmatan dan kualiti yang tertinggi.
  • Mempraktikkan pengalaman dan perkhidmatan kepakaran yang ada melalui latihan yang berterusan dan mutu kerja yang konsisten.

SENARAI PERKHIDMATAN

  • Membekal perabot, peralatan pejabat, hiasan dalaman, bahan pencuci, cat dan pembersihan kawasan.
  • Membekal peralatan pejabat dan alat tulis, kertas, diari, tag dan label.
  • Perkhidmatan jahitan pakaian, uniform, suit & “tailor-made”, kelengkapan langsir, dan latihan & kursus jahitan.
  • Perkhidmatan latihan, tenaga pengajar dan moderator yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan konsultansi am perniagaan dan strategi perniagaan & peruncitan.